PAKAR PEMERIKSAAN DEFECT RUMAH/ BANGUNAN

Pencapaian kami adalah mutu dan kualiti pemeriksaan mengikut kaedah yang ditetapkan dalam industri pembinaan.

APA DEFECT LIABILITY PERIOD (DLP) ?

Ramai di kalangan kita yang beli rumah baru tiada ada kesedaran mengenai DLP iaitu waranti kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan. Defect Liability Period atau DLP merupakan tempoh warranti kepada rumah yang baru siap dibina selepas serahan kunci atau Vacant Possession(VP). Tempoh DLP kebiasaanya diberi dalam tempoh 2 tahun selepas serahan kunci kepada pemilik rumah baru.Dalam tempoh tersebut sebarang kerosakan/defect pada kemasan dan aksesori rumah dibawah tanggungjawab pemaju, sebarang pembaikan defect atau kerosakan tiada caj dari pihak pemaju dan kontraktor.

KENAPA PERLU PEMERIKSAAN DEFECT?

Kecacatan atau defect perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum diduduki oleh pemilik rumah kerana setiap pemaju dan kontraktor di malaysia memberi hasil kerja dan kualiti yang berbeza. Defect tiada semestinya kebocoran dan keretakan pada siling dan bumbung namun kualiti pada kemasan dan bahan yang digunakan tidak mengikut Standard Malaysia atau spesifikasi pembinaan yang diluluskan oleh arkitek  dan jurutera. Dalam jangka masa panjang kesan kecacatan lebih banyak yang akan berlaku disebabkan tiada pemeriksaan kondisi kediaman atau bangunan anda.

PROSES PEMERIKSAAN

1) TEMU JANJI

Pihak pelanggan atau pemilik perlu memaklumkan tarikh dan waktu pemeriksaan bagi memudahkan kami menguruskan jadual kerja kepada inspektor.

2) PEMERIKSAAN

Inspektor kami akan hadir ke kediaman anda mengikut tarikh dan waktu dipersetujui. Pemeriksaan mengambil masa 3-4 jam bergantun kepada keluasan rumah atau bangunan

3) HASIL CARIAN

Pihak kami akan memaklum kepada pemilik jika terdapat kerosakan atau defect yang major atau minor sebagai makluman kepada pemilik.

4) LAPORAN

Tempoh laporan teknikal akan disediakan dalam masa 7 hari berkerja bagi memberi masa kepada inspektor membuat analisa kerosakan atau defect.

CONTOH DEFECT

Berikut adalah contoh defect dan kerosakan yang berlaku pada rumah baru terima serahan kunci dari pihak pemaju. Hasil pemeriksaan kami mengikut keadah pemeriksaan CPBS 101 3rd Edition, Construction Industry Standard (CIS7:2021), Garis Panduan Pemeriksaan Bangunan JKR sebagai rujukan kami.

SERVIS DAN PERKHIDMATAN KAMI

Kepakaran pemeriksaan kediaman atau bangunan yang berkualiti dan teliti bagi memastikan kepuasan pelanggan terhadap servis yang kami beri.

Pemeriksaan Bangunan dan Kediaman rumah. (Home Inspection)

Servis kami merangkumi pemeriksaan bangunan dan Home Inspection, pemeriksaan  Defect Liability Period (DLP), Building Condition Assessement (BCA), Dilapidation Survey, Building Condition Survey dan lain-lain

PEMERIKSAAN BANGUNAN KOMERSIAL

Pemeriksaan bangunan tidak terhad untuk bangunan jenis komersial termasuk bangunan seperti Kilang, Kedai, Pusat Membeli Belah, Gudang dan lain-lain berkaitan.

RUNDINGAN DAN KONSULTASI

Kami juga menyediakan khidmat konsultasi yang professional dalam aspek teknikal dan pengurusan tidak termasuk rundingan tuntutan.

LAPORAN PEMERIKSAAN

Menyediakan laporan yang berkualiti mengikut kaedah industri binaan. CIS 2019, garis panduan dan penilian bangunan (JKR) dan CPBS 101 adalah garis panduan yang digunakan dalam laporan pemeriksaan. 

Aspek Penilaian Kami

INSPEKTOR BANGUNAN YANG BERTAULIAH

Profesional

Profession dibawah Juruukur bangunan berdaftar dibawah Royal Institute Surveyor Malaysia (RISM)

Dipercayai

Pemeriksa yang bertauliah dan berpengalaman lebih 5 tahun serta

Harga Berpatutan

Kadar pemeriksaan mengikut pasaran semasa dan kesesuaian jenis pemeriksaan

Ketelitian

Pemeriksaan yang teliti dan komprehensif kepada pelanggan 

Kualiti Piawaian

Mematuhi garis panduan berdasarkan CPBS 101 3rd Edition, CPBS 103 Dilapidation survey. Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan JKR.  yang mengikut standard kaedah pemeriksaan kondisi bangunan di Malaysia

KENAPA ANDA PERLU PILIH KAMI?

  • Pihak pelanggan akan lebih yakin dengan inspektor kami yang berpengalaman dan bertauliah.
  • Tidak perlu membuang masa untuk pemeriksaan dan laporan secara sendiri. Laporan Teknikal secara softcopy disediakan.
  • Pemeriksaan dalam tempoh 3-4 jam merangkumi semua aspek. Laporan teknikal disiapkan dalam tempoh 7 hari berkerja
  • Penerangan masalah dalam laporan yang lebih mudah untuk kegunaan pihak pelanggan dan kontraktor sebagai rujukan.

DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT (PERCUMA)

Kami menyediakan khidmat nasihat dan lawatan tapak secara percuma kepada pihak pelanggan

PEMERIKSAAN DEFECT

Lawatan dan pemeriksaan tapak mengikut CPBS 101 3rd Edition, Construction Industry Standard (CIS7:2021), Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan JKR. 

Pemeriksaan teliti menggunakan peralatan yang standard dalam pemeriksaan bangunan. Laporan pemeriksaan yang berkualiti dan profesional.

Kadar Harga

Setiap harga bergantung kepada keluasan sesuatu asset dan hartanah tersebut dan perbezaan fungsi bangunan. Selain itu, Harga adalah berbeza mengikut jenis pemeriksaan.

Untuk pertanyaan Harga Boleh Hubungi kami

PROJEK KAMI

Tiara Sendayan, Negeri Sembilan

01.

Eco Majestic, Semenyih

02.

Seirra, Puchong

03.

Zamrud Resident, Kajang

04.

Setia Eco Glades, Cyberjaya

05.

Taman Salak Perdana, Salak Tinggi

06.
Laporan Dikeluarkan/Bulanan
JUMLAH PEMERIKSAAN RUMAH
JUMLAH INSPEKTOR
Open chat
Hi kami sedia membantu?
Hi Saya Sr Fares dari Inspector bangunan sedia membantu anda atau call saya di 016-4054192